Sunday, 12 June 2016

Mikroorganisma efektif ( EM)

Mikroorganisma efektif ( EM) mula diperkenalkan 25 tahun lalu oleh Dr. Teruo Higa, seorang profesor Hortikultur daripada Jepun. EM dan mikroorganisma berguna dihasilkan daripada bahan yang biasa digunakan dalam industri makanan melalui proses penapaian. EM sangat efektif untuk mengdegridasikan bahan-bahan organik dan telah digunakan lebih dari 150 buah negara.


Prinsip-prinsip penggunaan EM adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia, memberikan faedah ekonomi, mudah digunakan, mesra alam dan produktiviti yang berkualiti. Terdapat tiga (3) jenis mikroorganisma EM yang utama :


Bakteria Asid Laktik - Bakteria asid laktik merembeskan asid laktik daripada gula dan karbohidrat yang dihasilkan oleh yis dan bakteria fototrofik. Makanan seperti yogurt dan jeruk sudah lama dibuat dengan menggunakan bakteria ini. Asid laktik adalah agen pensterilan kuat yang boleh membunuh mikroorganisma patogen dan meningkatkan kadar pengkomposan bahan organik termasuk lignin dan selulosa.


Bakteria Fototrofik - Bakteria fototrofik boleh hidup berdikari. Ia memproses bahan dari lelehan akar, bahan organik dan gas berbahaya seperti hidrogen sulfat dengan menggunakan cahaya sebagai punca tenaga. Antara substrat-substrat berguna yang dirembeskan adalah asid amino, asid nukleik, bahan bioaktif dan gula. Bahan buangan bakteria fototrofik boleh diserap terus oleh tumbuhan dan merangsang pertumbuhan bakteria berguna.


Yis / Ragi - Yis atau ragi mensintesis antimikrobial dan substrat-substrat seperti asid amino dan gula yang dihasilkan oleh bakteria fototrofik, bahan-bahan organik dan lelehan akar. Bahan bioaktif seperti hormon dan enzim yang dihasilkan oleh yis akan membantu mencepatkan pertumbuhan sel pokok dan akar serta mikroorganisma-mikroorganisma EM yang lain.

Beberapa kegunaan asas EM adalah untuk penternakan, pertanian, dan pengawalan alam sekitar.

PELBAGAI KEGUNAAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN MENGGUNAKAN EM

umpamanya Racun Serangga, Baja Organik daripada sisa rumah, Habuk papan, Tinja Kambing, Sekam bakar/padi, dan banyak lagi sumber sumber dimuka bumi ini.

BAHAN BAHAN SEMULA JADI

Disekeliling kita banyak terdapat bahan bahan semulajadi yang mana apabila kita perhatikan umpama daun kari, serai, halia, bunga kantan, bawang, cili dll tidak dirosakan olih serangga, Jadi semua tumbuhan ini dijauhi olih serangga kerana mempunyai bau atau bahan yang tidak disukai. Ini adalah contoh bahan semula jadi yang bolih dijadikan racun serangga semulajadi.

APA ITU EM

EM mengandungi 3 jenis bakteria baik:

Bakteria Asid Laktik : bahan organik tapaian dan menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. Ia digunakan unutk membuat yogurt dan jeruk.
Yis atau Ragi : Bahan Organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid aminio. Ia digunakan untuk membuat roti.
Bakteria Fototropik : Bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia membantu mengekalan keseimbangan mikroorganisma bermanfaat yang lain, menwujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain.

KELEBIHAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI EM-1 "Effective Microorganisms"

Effective Microorganisms™ digunakan secara meluas dalam bidang penternakan, pertanian dan akuakultur.

FAEDAH

1. Menghapuskan minyak tumbuhan pada habuk kayu serta bau tinja untuk penyedian medium cacing.

2. Mempercepatkan transformasi menjadi baja kompos.

3. Mengurangkan bau tinja / sisa ladang ternakan kambing, lembu dan ayam.

4. Meningkatkan/menstabilkan pertumbuhan ternakan dari segi daging (~12%), susu dan kualiti telur.

5. Mengurangkan ancaman penyakit di ladang (tanaman dan ternakan).

6. Penyedian tanah untuk pertanian - Membaiki dan meningkatkan nutrisi NPK tanah.

No comments:

Post a Comment